Dua maut Nissan Fairlady terbabas sebelum terbakar

Dua lelaki maut selepas kereta Nissan Fairlady dinaiki terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 26.7 Lebuhraya Karak menghala Tol Gombak di sini awal pagi tadi.
Dua lelaki maut selepas kereta Nissan Fairlady dinaiki terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 26.7 Lebuhraya Karak menghala Tol Gombak di sini awal pagi tadi.
A
A
A

GOMBAK - Dua lelaki maut selepas kereta jenis Nissan Fairlady dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 26.7 Lebuhraya Karak menghala Tol Gombak di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, mangsa yang merupakan dua lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 1.20 pagi.

"Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu mangsa berusia 29 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan sebelum terbakar.

"Insiden berkenaan menyebabkan pemandu tercampak keluar manakala penumpang berusia 23 tahun itu telah rentung dan tersepit di dalam kereta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: