X

Kindly register in order to view this article
!

Pertikaian sempadan, India masih berunding dengan China

China dan India baru-baru ini mencapai kesepakatan untuk menangani pertikaian di barat sempadan China-India itu dengan berhemah.
A
A

NEW DELHI - India masih berunding dengan China untuk menyelesaikan isu sempadan di wilayah Himalaya Ladakh, lapor agensi berita Anadolu.

"Dalam rundingan 6 Jun lalu telah dipersetujui penyelesaian awal masalah itu berdasarkan nasihat pemimpin kami," kata jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava pada Khamis.

"Kedua-dua pihak berusaha untuk menyelesaikan isu itu secara aman dengan secepat mungkin bagi memastikan keamanan dan ketenangan di kawasan sempadan," tambah beliau.

Media tempatan melaporkan delegasi tentera kedua-dua negara mengadakan pertemuan kali keempat pada Rabu.

Pada Rabu juga, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memberitahu wartawan kesepakatan penting telah dicapai.

"Melalui saluran diplomatik dan ketenteraan, China dan India baru-baru ini mencapai kesepakatan untuk menangani pertikaian di barat sempadan China-India itu dengan berhemah," katanya.

Pada 5 Mei berlaku pertempuran di sempadan apabila kedua-dua pihak mula mengambil langkah ketenteraan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!