X

Kindly register in order to view this article
!

The Blues sasar Chilwell perkuat benteng pasukan

Ben Chilwell -Foto Getty Images
A
A

BEKAS pemain pertahanan Chelsea, Glen Johnson mendesak bekas kelabnya itu untuk membawa masuk bintang Leicester City, Ben Chilwell dalam usaha memperkuatkan lagi benteng pasukan.

Johnson berkata, Chilwell 23 yang beraksi di posisi pertahanan kiri terpilih sebagai antara pemain bintang apabila berada pada tangga ketiga carta Liga Perdana Inggeris (EPL) di hadapan Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

Menurut Johnson, dia percaya pemain berkenaan memiliki pakej lengkap untuk berada bersama skuad The Blues itu.

"Saya telah katakan banyak kali, bahawa saya adalah peminat Chilwell. Saya suka cara dia membawa diriny dan saya fikir dia memiliki kriteria yang dimahukan oleh Lamps (Frank Lampard).

"Dia juga ibarat pemain pertahanan kiri yang telah lama tidak dimiliki Chelsea. Saya tahu Ashely Cole sebagai pemain yang tiada pengganti.

"Bagaimanapun dari segi natural, kental, mereka (Chelsea) sudah lama tidak memiliki pemain sedemikian dan saya fikir dia (Chillwell) sebagai pemain yang sesuai," katanya.

Untuk rekod, Chilwell adalah perpindahan terkini Chelsea diikukti Timo Wernder's dan bintang Ajax Amsterdam, Hakim Ziyech.

Sementara itu Johnson percaya buat masa ini bekas pemain Leichester City, Marcos Alonso sebagai pemain yang boleh mengisi kekosongan di posisi pertahanan kiri Chelsea ketika ini.

“Alonso seorang pemain yang hebat. Tetapi saya rasa dia bukannya pemain pertahanan yang beraksi di posisi pertahanan berbanding Chilwell, seorang pemain pertahanan yang semula jadi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!