Bawa baldi berisi air ketum dalam kebun jagung

Sebanyak 70 bungkus cecair disyaki air ketum dirampas di Kampung Sidam Kanan semalam.
Sebanyak 70 bungkus cecair disyaki air ketum dirampas di Kampung Sidam Kanan semalam.
A
A
A

KULIM - Seorang buruh ditahan bersama bungkusan disyaki air ketum dalam serbuan Ops Tapis di sebuah bangsal dalam kebun jagung di Kampung Sidam Kanan, pada 2.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Safuan Md Noor berkata, ketika diserbu lelaki berusia 31 tahun itu sedang membawa sebuah baldi yang di dalamnya terdapat 20 bungkus cecair disyaki air ketum untuk dijual.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut berhampiran bangsal tersebut telah menjumpai dua buah baldi yang di dalamnya terdapat 50 bungkus air ketum.

"Keseluruhan rampasan membabitkan 70 bungkus dengan anggaran kandungan sebanyak 42 liter,"katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, sejumlah 50 liter air dan 38 kilogram daun ketum dirampas dalam tiga serbuan di kampung yang sama, pada Rabu lalu.

Seramai empat lelaki berusia 27 hingga 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan dalam kes itu.

Artikel Berkaitan: