Rumah digempur, 1,800 karton rokok seludup dirampas

Antara kenderaan yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bindu, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor, semalam.
Antara kenderaan yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bindu, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor, semalam.
A
A
A

BATU PAHAT - Sebuah rumah di Kampung Bindu, Tongkang Pecah, di sini yang dijadikan tempat menyimpan rokok seludup diserbu, semalam.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari yang dijalankan sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 5 PGA memberkas dua lelaki tempatan berusia 35 dan 49 tahun.

"Pemeriksaan di dalam rumah terbabit telah menemui 1,800 karton rokok seludup jenama U2.

"Selain itu, kita turut merampas tiga buah kenderaan dipercayai digunakan untuk mengedar rokok terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dianggarkan keseluruhan nilai rampasan mencecah RM427,160.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

"Kita percaya, dengan tertangkapnya suspek ini, satu sindiket pengedaran rokok di sekitar daerah Batu Pahat berjaya ditumpaskan. Pihak Polis menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: