KPDNHEP periksa kedai gunting rambut

KPDNHEP Selangor melaksanakan Ops Catut 7.0 bagi memastikan pengusaha dandanan dan gunting rambut tidak menaikkan harga sesuka hati.
KPDNHEP Selangor melaksanakan Ops Catut 7.0 bagi memastikan pengusaha dandanan dan gunting rambut tidak menaikkan harga sesuka hati.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah memeriksa 14 buah premis dandanan dan gunting rambut menerusi Ops Catut 7.0, semalam, bagi memastikan sektor terbabit mematuhi peraturan.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, prosedur operasi standard (SOP) mewajibkan pengusaha untuk memakai 'face shield', sarung tangan dan apron bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, bagi pelanggan pula, mereka diwajibkan untuk memakai apron pakai buang selain topeng muka.

"Kemungkinan berlaku kenaikan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha dan berlakunya perubahan harga perkhidmatan.

"Jadi, Ops Catut 7.0 ini dilaksanakan supaya kita dapat memantau selain mengambil tindakan sewajarnya kepada pengusaha terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPDNHEP Selangor melaksanakan Ops Catut 7.0 bagi memastikan pengusaha dandanan dan gunting rambut tidak menaikkan harga sesuka hati.
KPDNHEP Selangor melaksanakan Ops Catut 7.0 bagi memastikan pengusaha dandanan dan gunting rambut tidak menaikkan harga sesuka hati.

Muhamad Zikril berkata, hasil pemeriksaan di 14 buah premis di sekitar negeri ini, pihaknya turut mengeluarkan 14 notis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

Katanya, daripada notis itu, pihaknya akan menyiasat sama ada pengusaha yang terlibat cuba untuk mengambil keuntungan tidak munasabah dengan menaikkan harga perkhidmatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya dikesan berlaku kesalahan itu, kita akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011," katanya.

Justeru, operasi ini akan diteruskan agar pemantauan dapat dilaksanakan serta memastikan suasana perniagaan yang beretika diamalkan oleh peniaga selain melindungi kepentingan dan hak pengguna. Sekiranya terdapat sebarang aduan, pengguna boleh salurkannya kepada pihak KPDNHEP bagi tindakan lanjut.