Rasa masakan terakhir ibu selepas lima tahun

Reiki menangis melihat masakan terakhir ibunya yang dibekukan selama lima tahun.
Reiki menangis melihat masakan terakhir ibunya yang dibekukan selama lima tahun.
A
A
A

TOKYO - Hasrat anak-beranak yang ingin merasai ‘air tangan’ insan yang paling mereka rindui sejak lima tahun lalu tercapai setelah mereka menyertai satu program rancangan televisyen Jepun.

Takaya Reiki, 25, ditemu bual program rancangan hiburan menunjukkan hidangan terakhir ibunya selepas meninggal dunia lima tahun lalu, lapor Oriental Daily.

Menerusi program rancangan itu, Reiki dan bapanya cuba menghangatkan semula masakan terakhir daripada mendiang ibunya iaitu menu daging.

Selepas kematian ibu, Reiki berasa sedih untuk memakan hidangan terakhir mendiang ibunya dan akhirnya memutuskan untuk menyimpan masakan daging itu di dalam bekas dan diletakkan dalam peti sejuk beku.

Dalam pada itu, pasukan rancangan itu telah menjemput seorang profesor dari Jabatan Biologi untuk menguji makanan itu terlebih dahulu kerana ia sudah dibekukan terlalu lama.

Meskipun keputusan ujian menunjukkan bahawa makanan itu mempunyai kehadiran bakteria dan boleh menyebabkan sakit perut selepas pengambilan, namun ia masih boleh dimakan dalam amaun yang kecil selepas dimasak pada suhu tinggi melebihi 100 darjah celsius.

Artikel Berkaitan: