11 pelajar pulang dari Mesir positif Covid-19

11 kes import berkenaan dikesan pada ujian saringan kedua yang dilakukan pada hari ke-13. - Foto 123RF
11 kes import berkenaan dikesan pada ujian saringan kedua yang dilakukan pada hari ke-13. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan 11 kes import melibatkan pelajar dari Mesir terdiri dari pelbagai negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka berada di pusat kuarantin di Melaka sebaik sahaja tiba di negara ini.

"Boleh jadi mereka (berasal) dari Kelantan atau di mana sahaja.

"Kesemua mereka dikuarantin di pusat kuarantin di Melaka," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, 11 kes import berkenaan dikesan pada ujian saringan kedua yang dilakukan pada hari ke-13.

Hari ini tular di media sosial bahawa empat daripada 11 pelajar Mesir yang disahkan positif berasal dari Kelantan.

Kes positif melibatkan pelajar Mesir berkenaan kedua tertinggi direkodkan hari ini selepas 16 kes membabitkan kluster Pedas, Negeri Sembilan.

Selain itu, Selangor mencatatkan tiga kes baharu dan satu kes di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: