Covid-19: 31 kes baharu, 51 kes pulih

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) kembali kepada angka dua digit apabila 31 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,369 kes.

Menurutnya, lebih separuh daripada kes baharu yang dilaporkan itu melibatkan warga asing.

"Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, 11 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 20 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan hanya satu kes melibatkan warganegara Malaysia iaitu merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Katanya, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,065 kes atau 84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 118 orang," katanya.

Artikel Berkaitan: