Kedah nafi benar solat Jumaat bermula esok

Najmi (kiri) menerima cenderahati daripada Sharifah Norulasyikhah di Wisma Darul Aman hari ini.
Najmi (kiri) menerima cenderahati daripada Sharifah Norulasyikhah di Wisma Darul Aman hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menafikan memberi kebenaran melaksanakan solat Jumaat bermula esok seperti mana tular di WhatsApp.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, sehingga hari ini, kerajaan negeri belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi berhubung perkara itu.

Menurutnya, kerajaan negeri bertanggungjawab memelihara keselamatan jemaah daripada dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19), namun dalam masa sama tetap memastikan syiar Islam di Kedah terpelihara.

"Saya telah menerima rantaian mesej di aplikasi WhatsApp berkenaan kebenaran menggunakan masjid dan surau di Kedah yang kononnya bermula esok, 12 Jun 2020.

"Ingin saya tegaskan bahawa pelaksanaan aktiviti ibadah di masjid dan surau di negeri ini masih belum diputuskan," katanya selepas menerima kunjungan Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud, Sharifah Norulasyikhah Syed Mohamad di Wisma Darul Aman hari ini.

Najmi meminta umat Islam bersabar sehingga satu pengumuman rasmi dikeluarkan kelak.

"Oleh itu saya berharap semua pihak mendapatkan sumber berita yang sebelum menyebarkannya," katanya.

Terdahulu, maklumat palsu yang kononnya surau dan masjid di Kedah kembali dibuka bermula 12 Jun tular melalui kiriman aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan: