Mat Tarzan direman tujuh hari tanam pokok ganja depan rumah

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Tarzan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini selepas didapati menanam pokok ganja di hadapan rumahnya berdekatan Jalan Datuk Kumbar di sini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, W Nor Fadzilah W Ibrahim bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan dalam serbuan pada jam 10.30 pagi semalam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar

Suspek yang mempunyai satu rekod kes lampau itu disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15(1)ADB 1952.

Artikel Berkaitan: