Isu perpindahan meragukan

Sebahagian pemain Bayern meraikan kemenangan -Foto Getty Images
Sebahagian pemain Bayern meraikan kemenangan -Foto Getty Images
A
A
A

GERGASI Bundesliga, Bayern Munich mengambil pendekatan melihat lebih teliti berhubung isu 'perpindahan pemain' yang dilihat agak meragukan sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya, Karl-Heinz Rummenigge berkata, Bayern tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu menandatangani mana-mana pemain bagi musim perpindahan pada musim panas akan datang.

"Isu berkenaan (perpindahan), tidak timbul apatah lagi tatkala kesemua pasukan agak sukar mendapatkan sumber kewangan ketika ini.

"Selama ini, kita semua telah melakukan kerja kita dengan baik kerana menjangkakan keadaan kewangan musim depan pasti lebih mencabar berbanding hari ini, sebagai contoh, lebih lama kita terpaksa beraksi tanpa penonton, kewangan kita akan menjadi lebih sukar.

"Oleh itu, kita perlu tunggu dan lihat mengenai perkara ini (perpindahan meragukan) kerana ia sejajar dengan perkembangan wabak koronavirus," katanya.

Untuk rekod,Bayern dikaitkan dengan kemasukan pemain Manchester City, Leroy Sane selain bintang Bayer Leverkusen, Kai Havertz apabila saingan Bundesliga musim 2019/20 isambung kembali bulan lalu setelah ditangguhkan sejak Mac berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, saingan Bundesliga kali ini menyaksikan ada perlawanan yang berlangsung tanpa penonton dan ini secara tidak langsung memberikan impak dari segi kewangan kepada kesemua pasukan bertanding.

Bayern yang kini berada di puncak Bundesliga dengan tujuh mata dengan berbaki empat perlwanan musim ini dan menanti kunjungan Borussia Mongchengladbach di Allianz Arena Sabtu ini sebelum beraksi pada final DFB-Pokal berdepan Leverkusen di Berlin pada 4 Julai depan.

Artikel Berkaitan:

"Untuk sebarang perpindahan (pemain) kita akan laksanakannya sama seperti rakan-rakan kita yang lain di benua Eropah," katanya.

Sementara itu, Rummenigge berkata, Bayern akan mengekalkan khidmat penjaga gol veteran Manuel Neuer dalam usaha memperkuatkan pasukan berkenaan.

Katanya, Neuer dilihat sebagai penjaga gol terbaik di dunia ketika ini selain bertindak selaku kapten Bayern.

"Hanya seorang pemain yang kita tidak sambung kontraknya iaitu, Philippe Countinho, yang juga pemain pinjaman dari Barcelona. Dia (Cautinho) dijangka bakal kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris dengan Arsenal dan Newcastle berharap dapat menggunakan khidmat pemain berkenaan," katanya.