Empat lelaki ditahan bersama ketum

Anggota polis menahan seorang lelaki dalam serbuan petang semalam.
Anggota polis menahan seorang lelaki dalam serbuan petang semalam.
A
A
A

KULIM - Polis menahan empat lelaki serta merampas 50 liter air ketum dan 38 kilogram (kg) daun ketum dalam tiga serbuan berasingan di Kampung Sidam Kanan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Safuan Md Noor berkata, suspek pertama berusia 45 tahun ditahan pada jam 2 petang di sebuah stor disyaki tempat pemprosesan air ketum.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis merampas 20 plastik lut sinar mengandungi air ketum dengan berat anggaran 12 liter dan daun ketum seberat 3kg.

"Dalam serbuan di sebuah rumah, polis menahan dua lelaki berusia 27 dan 52 tahun bersama 70 bungkus air ketum seberat kira-kira 38 liter dan periuk mengandungi bahan rebusan daun ketum seberat 20kg.

"Serbuan ketiga pula polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang sedang membawa dua buah guni putih di tepi jalan pada jam 5.30 petang," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati guni tersebut mengandungi daun ketum seberat 15kg.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: