Kerajaan Pahang tarik semula ‘kenderaan tular'

Gambar kenderaan yang tular.
Gambar kenderaan yang tular.
A
A
A

KUANTAN – Kerajaan Pahang menarik semula kenderaan pacuan empat roda milik kerajaan negeri yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang tular di laman sosial hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak berkata kenderaan itu sebenarnya dipinjamkan kepada sebuah kementerian bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

“Bagaimanapun, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta,” katanya dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook beliau hari ini.

Salehuddin berkata penjelasan itu dibuat selepas beliau dihujani pertanyaan oleh netizen mengenai gambar yang tersebar menunjukkan sebuah kenderaan milik kerajaan negeri dilekatkan dengan logo sebuah parti bertanding pada PRK Cameron Highlands.

Gambar tersebut yang tular hari ini, turut mendapat reaksi pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara sinis berkata beliau terfikir mahu memandu uji kenderaan tersebut. - Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan kerajaan disalahguna?]

Artikel Berkaitan: