X

Kindly register in order to view this article
!

PKPP: Pahang benar operasi perniagaan sehingga 10 malam

Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang membenarkan semua premis perniagaan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 10 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada persatuan dan para peniaga khususnya yang terlibat dalam perniagaan makanan berhubung keputusan sebelum ini yang mewajibkan mereka menghentikan operasi pada jam 9.30 malam.

"Keputusan ini diharapkan mencukupi setakat ini dan semakan akan dibuat dari semasa ke semasa mengambil kira situasi wabak Covid-19 di Pahang dan pematuhan semua pihak terhadap garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya juga berharap kita tidak hilang fokus, sebaliknya terus memberi tumpuan kepada menjayakan usaha membendung penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, had masa premis perniagaan itu bagaimanapun dikecualikan kepada perkhidmatan perlu seperti klinik, stesen minyak dan kilang yang dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen perniagaan sedia ada. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!