Wanita didakwa dera, bunuh anak tiri

Seorang suri rumah dituduh membunuh anak tiri berusia dua tahun 10 bulan.
Seorang suri rumah dituduh membunuh anak tiri berusia dua tahun 10 bulan.
A
A
A

KULIM- Seorang wanita dituduh mendera dan membunuh anak tiri ketika dihadapkan di Mahkamah Kulim, pagi tadi.

Tertuduh, Rosniza Abd Wahab, 35, seorang suri rumah dituduh membunuh anak tiri lelaki berusia 2 tahun 10 bulan dalam kejadian di rumah mereka di Taman Serai Wangi bulan lalu.

Perbuatan itu dilakukan pada 29 Mei 2020 jam lebih kurang 9 pagi.

Tertuduh yang kelihatan tenang, hanya mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Akmal Abdul Ghani di hadapan Majistret Che Rohana Ismail.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan suami isteri dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kulim selepas pertuduhan, hari ini.
Pasangan suami isteri dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kulim selepas pertuduhan, hari ini.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Kulim, tertuduh bersama suami, Mohd Kairul Nazri Md Noor, 36, yang merupakan jurutera kilang dan bapa kandung kepada mangsa mengaku tidak bersalah mendera mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Artikel Berkaitan:

Pasangan terbabit dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibacakan Muhammad Akmal Abdul Ghani di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Jika sabit kesalahan, denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana perbuatan mendera anak adalah satu perbuatan yang serius.

Kes akan disebut semula pada 13 Julai 2020.