97 mangsa banjir di tiga pusat pemindahan setakat jam 8 malam

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di bahagian Kuching terus meningkat kepada 97 orang daripada 24 keluarga, setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata, 42 orang daripada 11 keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Paon, Lundu, yang dibuka pada 12.30 tengah hari tadi.

Sementara 32 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Lumut dan 23 mangsa daripada empat keluarga berada di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu.

Setakat 4 petang ini, 81 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan berkenaan, termasuk dua yang dibuka pada 3 petang semalam, berikutan hujan berterusan. - Bernama

Artikel Berkaitan: