Penjawat awam ditahan kes tuntutan palsu

SPRM
SPRM
A
A
A

KUANTAN - Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang semalam kerana disyaki membuat tuntutan palsu.

Lelaki berusia 32 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi di sebuah jabatan kerajaan di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM3,920 bagi kerja-kerja pemasangan komponen pam air.

Semakan mendapati alat tersebut belum dibekalkan pada tarikh tuntutan dibuat.

Selain itu, syarikat pembekalan didapati milik abang kandungnya sendiri.

Lelaki tersebut ditahan di pejabat SPRM Pahang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Penahanan penjawat awam itu disahkan Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @Hamim.

Artikel Berkaitan: