Harimau Malaya serasi dengan Cheng Hoe

Cheng Hoe disifatkan masih antara pengendali terbaik Harimau Malaya.
Cheng Hoe disifatkan masih antara pengendali terbaik Harimau Malaya.
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak melihat adanya keperluan untuk menggunakan jurulatih luar negara untuk membimbing Harimau Malaya ketika ini.

Menurutnya, semua pemain selesa dan serasi dengan jurulatih Tan Cheng Hoe yang sudah menempa banyak kemenangan dalam perlawanan sebelum ini.

“Kalau kita lihat kita pernah ambil jurulatih luar negara sebelum ini. Ketika ini pemain sedang serasi dengan Cheng Hoe.

“Mungkin satu hari nanti selepas Cheng Hoe kita akan ambil jurulatih luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peminat bola sepak sama ada FAM akan mengambil jurulatih dari Eropah untuk melatih Harimau Malaya yang disiarkan badan induk itu pada program 'Anda Tanya, Presiden Jawab' menerusi YouTube, baru-baru ini.

Cheng Hoe disifatkan masih antara pengendali terbaik Harimau Malaya.
Cheng Hoe disifatkan masih antara pengendali terbaik Harimau Malaya.

Dibawah kendalian Cheng Hoe, skuad Harimau Malaya mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan langkah cemerlang apabila merekodkan tiga kemenangan dan dua kekalahan.

Harimau Malaya kini berada di kedudukan kedua kumpulan G dan hanya dibezakan dua mata dengan pendahulu, Vietnam.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hamidin menegaskan FAM akan cuba sedaya upaya untuk memastikan latihan skuad negara dapat bermula awal bagi mempersiapkan pasukan menghadapi saingan kelayakan tersebut.

“AFC baru-baru ini telah menetapkan baki tiga perlawanan akan diadakan pada Oktober dan November. Tetapi, itu pun belum pasti kerana mereka juga akan melihat situasi semasa di 46 negara yang turut bertanding dalam kelayakan itu.

“Jika keadaan di beberapa negara belum elok, maka mungkin akan ditangguhkan lagi. Tetapi apa jua keadaan kita akan pastikan skuad negara dapat berlatih awal,” katanya.