Kenapa nak tampar saya?, tanya Najib

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan seorang individu, dipercayai merujuk kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan, yang mahu menamparnya.

Beliau tidak tahu mengapa individu itu mahu berbuat demikian.

"Ada seorang itu tak tahu mengapa, tiba-tiba berang cakap kasar pasal saya di Cameron Highlands, nak tampar saya.

"Saya baca, tutup, keluar minum kopi di podium. Tengok. Saya ok, 'steady' saja," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail hari ini hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pentadbiran BN dahulu yang dakwanya tidak menjaga Felda dengan baik.
Artikel Berkaitan:


Dakwanya BN 'merompak' agensi Felda sehingga bankrap.

Justeru Cef Wan mahu menampar muka Najib kerana berang dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang menyebabkan Felda 'hancur'.

Dalam pada itu, Najib mendakwa, peneroka tahu apa yang beliau dan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah lakukan untuk memajukan industri sawit.