Peter dijangka dituduh esok

Datuk Peter Anthony
Datuk Peter Anthony
A
A
A

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony dijangka dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu, esok.

Perkara itu disahkan oleh Peter yang memaklumkan pertuduhan mungkin berhubung pengubahan wang haram melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) antara 2012 dan 2013.

"Esok saya akan berada di mahkamah dan saya tidak ada masalah dengan perkara (tuduhan) itu," katanya kepada pemberita pada hari kedua hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Terdahulu Peter tiba di pejabat SPRM Sabah pada 2.45 petang dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

Semalam beliau berada di pejabat suruhanjaya itu selama kira-kira tujuh jam. - Bernama

Artikel Berkaitan: