Selangor muktamad SOP PKPP segera: MB

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari - Foto Bernama
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memuktamadkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada kadar segera.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, pada masa sama Selangor pada dasarnya menyokong usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi bagi tujuan merangsang kemajuan negara.

"Susulan daripada SOP yang masih dikeluarkan secara berperingkat, pelaksanaan SOP tersebut di peringkat negeri Selangor akan dimuktamadkan pada kadar segera.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Amirudin dakwa belum terima butiran PKPP

"Pelaksanaan SOP di peringkat negeri Selangor akan dimuktamadkan setelah mengambil kira semua aspek tanpa mengecualikan mana-mana sektor, sebarang perkembangan baharu dimaklumkan kemudian," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa masih belum menerima butiran SOP daripada kerajaan Persekutuan berhubung pembukaan beberapa sektor semasa PKPP.

Ahad lalu, media melaporkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digantikan dengan PKPP yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos.

Artikel Berkaitan: