Sarjan ditahan disyaki terima rasuah

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang pembantu pegawai penyiasat trafik yang bertugas di sebuah balai trafik di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

Anggota berpangkat sarjan berusia 37 tahun itu disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM3,700 daripada pemilik sebuah syarikat membaiki kereta.

Dia dilaporkan menerima wang tersebut melalui akaun bank sebagai balasan untuk membolehkan syarikat tersebut mendapat kerja-kerja membaik pulih kenderaan yang terlibat dengan kemalangan yang disiasat oleh bahagian trafik, ibu pejabat polis daerah berkenaan.

Anggota tersebut ditahan di pejabat SPRM Pahang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Penahanan anggota tersebut disahkan Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @Hamim.

Artikel Berkaitan: