Karangkraf lantik tiga CEO, satu COO baharu

Syarikat diasaskan Hussamuddin itu membuat penstrukturan semula peringkat pengurusan melibatkan Farah, Firdaus, Akmal Eirfan dan Azizi.
Syarikat diasaskan Hussamuddin itu membuat penstrukturan semula peringkat pengurusan melibatkan Farah, Firdaus, Akmal Eirfan dan Azizi.
A
A
A
SHAH ALAM - Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd mula beroperasi sejak 1978 dalam industri media dan pencetakan dengan kepimpinan yang diterajui Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Beliau juga pengasas syarikat milik 100% Bumiputera turut dibantu Datuk Muhammad Nasir Hamzah sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf.

Dalam meneruskan legasi syarikat itu, beberapa perubahan struktur di peringkat pengurusan dilaksanakan untuk kelangsungan operasi syarikat serta dalam meneraju dunia digital yang semakin mencabar berkuat kuasa hari ini.

Mengetuai Grup Sinar Karangkraf yang menerbitkan akhbar Sinar Harian dan media digital lain ialah Farah Hussamuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), manakala untuk Grup Buku Karangkraf dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Firdaus Hussamuddin.

Bagi Grup Percetakan (Ultimate Print Sdn Bhd) UPSB pula, syarikat terbabit diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, manakala Ketua Pegawai Operasinya pula ialah Azizi Fickry.

Ketiga-tiga Ketua Pegawai Eksekutif tersebut akan melaporkan diri kepada Hussamuddin yang juga akan mengambil tugas sebagai Pengarah Urusan Kumpulan.

Sementara itu, Mohamed Izam Mohamed Yusof yang sebelum ini memegang potfolio Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan Karangkraf sejak 16 April 2018 memilih untuk melepaskan jawatan tersebut untuk meneruskan kerjaya baharu beliau pada 1 Jun 2020.

Artikel Berkaitan: