15 penagih sedang khayal ditahan

Chong Chern menunjukkan dadah yang dirampas.
Chong Chern menunjukkan dadah yang dirampas.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seramai 15 orang penagih dadah ditahan polis dalam beberapa serbuan Op Tapis di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kesemua lelaki yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun dan ketika ditahan kebanyakan mereka sedang leka menghisap dadah serta dalam keadaan khayal.

"Serbuan dilakukan hasil intipan dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah di beberapa 'port' untuk mereka melepaskan gian.

“Daripada 15 yang ditahan, tujuh adalah penagih dadah tegar yang tidak serik mengulangi kesalahan sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di sini hari ini.

Chong Chern berkata, dalam serbuan itu polis merampas sejumlah dadah jenis heroin seberat 471.9 gram dan 4.7 gram syabu bernilai RM24,065.

Katanya, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman hingga Sabtu ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39C akta sama.

Artikel Berkaitan: