26,366 individu ditahan sepanjang PKP, PKPB

Huzir
Huzir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seramai 26,366 orang atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu seramai 20,720 orang dituduh di mahkamah.

"Dalam tempoh PKP dan PKPB sejak 18 Mac hingga semalam, seramai 10,875 orang pula telah dikenakan kompaun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Huzir berkata, seramai 3,098 orang telah dikompaun di balai polis dan 1,762 orang dikompaun di lapangan.

"Kesalahan yang dilakukan sehingga individu berkenaan dikenakan kompaun itu adalah kerana melanggar perintah kawalan pergerakan seperti ziarah Aidilftiri dan kesalahan lain," katanya.

Huzir turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bagi memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: