JAIS umum penetapan solat fardu, Jumaat pada esok atau lusa

Mohd Shahzihan Ahmad
Mohd Shahzihan Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengumumkan penetapan berhubung solat fardu dan solat Jumaat di negeri ini pada esok atau lusa.

Langkah itu diambil susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan bermula hari ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, buat masa ini, pihaknya belum membuat sebarang pengumuman kepada orang ramai mengenai penetapan itu.

"Belum lagi (buat penetapan solat fardu dan solat Jumaat). Esok atau lusa akan diumum," jawabnya ringkas menerusi balasan menerusi kiriman WhatsApp hari ini.

Pada 1 Jun lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat didirikan di 39 buah masjid di negeri ini.

Namun begitu, jumlah jemaah yang dibenarkan hadir bagi mengerjakan solat berkenaan adalah tidak melebihi 12 orang terdiri daripada kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid sahaja.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, sehingga kini, Baginda sentiasa memantau rapat data-data terkini penularan wabak koronavirus (Covid-19) termasuk kes-kes baharu jangkitan di negeri ini yang menunjukkan penurunan.

Terdahulu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail juga turut bertitah agar jumlah jemaah solat Jumaat dan solat fardu di masjid seluruh negeri itu akan dipertingkatkan kepada bilangan maksimum berdasarkan keluasan masjid masing-masing dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dengan penjarakkan dua meter sebagaimana ditetapkan.

Artikel Berkaitan: