Lelaki didakwa rompak beg tangan, 10 tahun lalu

Tertuduh, Che Saifuddin Che Ibrahim, 33 mengaku tidak bersalah merompak beg tangan seorang wanita di Mahkamah Sesyen di sini hari ini
Tertuduh, Che Saifuddin Che Ibrahim, 33 mengaku tidak bersalah merompak beg tangan seorang wanita di Mahkamah Sesyen di sini hari ini
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak beg tangan milik seorang wanita, dalam kejadian 10 tahun lalu.

Che Saifuddin Che Ibrahim, 33, dari Kampung Banggol Peradong, Manir, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pulau Bahagia, Manir, di sini, jam 1 tengah hari pada 21 Mac 2010.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak harta Zainun Muda, 60, iaitu beg tangan yang mengandungi sekeping lesen memandu, sekeping kad rawatan perubatan dan wang tunai berjumlah keseluruhan RM500.

Pendakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda, jika disabitkan kesalahan.

Hakim, Mohd Azhar Othman menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang sama sekali mengganggu mangsa serta saksi sepanjang prosiding.

Mohd Azhar menetapkan sebutan kes pada 1 Julai depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: