Pengarah syarikat didenda RM700 solat Jumaat ketika PKPB

Masjid Negara - Foto Sumber Internet
Masjid Negara - Foto Sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tertuduh, Syed Aliyar Jahir Hussain, 60, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohamed Fared Abdul Latif.

Tertuduh juga bakal berdepan penjara 14 hari jika gagal membayar bayar denda.

Mengikut pertuduhan, pada 29 Mei jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang bertempat di pekarangan Masjid Negara di Jalan Perdana, Dang Wangi, Wilayah Persekutuan, tertuduh didapati tiada kebenaran menunaikan solat Jumaat dengan berhimpun bagi maksud keagamaan di kawasan tempat jangkitan.

No Image Caption

Tertuduh juga didakwa berada dalam kawasan yang diwartakan dalam Perintah Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 15(1) peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda RM1,000 atau dihukum penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.