PKPP: Trip feri laluan Langkawi ke Kuala Perlis ditambah

Laluan feri menjadi salah satu kemudahan asas yang menghubungkan Langkawi dengan tanah besar di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. - Foto Langkawi Ferry Line
Laluan feri menjadi salah satu kemudahan asas yang menghubungkan Langkawi dengan tanah besar di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. - Foto Langkawi Ferry Line
A
A
A

KUALA PERLIS - Sebuah konsortium feri menambah satu lagi laluan ke Langkawi - Kuala Perlis - Langkawi bermula 12 Jun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, trip di laluan berkenaan akan ditambah secara berperingkat tertakluk kepada permintaan pelancong masuk ke Langkawi.

"Laluan baharu itu adalah pada jam 8 pagi di Kuala Perlis ke Langkawi manakala dari Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 4 petang," katanya.

Sebelum ini, konsortium itu menyediakan satu trip laluan sahaja iaitu Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 11 pagi dan Kuala Perlis ke Langkawi pula pada jam 4 petang.

Pada Mac lalu, media melaporkan jadual perjalanan perkhidmatan feri bagi laluan Langkawi - Kuala Kedah dan Kuala Perlis - Langkawi dikurangkan kepada dua perjalanan sahaja daripada 10 perjalanan selepas akur arahan kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penyebaran koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: