Adun Terengganu ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang Adun di negeri ini yang bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000.

Beliau ditahan di Pejabat SPRM Terengganu kira-kira jam 5 petang tadi, ketika memberi keterangan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek yang berusia 54 tahun itu dikatakan mengemukakan tuntutan berjumlah RM500,000 pada Mei tahun lalu kepada Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah, bagi perbelanjaan untuk 32 program sedangkan program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Sebelum ini, pengerusi majlis belia yang berusia 38 tahun telah ditahan pada 8 Januari lalu dan seorang pegawai daerah berusia 59 tahun turut ditahan pada 13 Januari lalu, dan direman bagi membantu siasatan kes yang sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi tadi, mengesahkan penahanan suspek.

Jelasnya, SPRM akan membuat permohonan reman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Artikel Berkaitan: