Warga emas nyaris maut bilik terbakar

Kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur di Pangsapuri Tulin Taman Sri Jati pagi tadi.
Kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur di Pangsapuri Tulin Taman Sri Jati pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita menempuh detik cemas apabila bilik tidur rumahnya di Pangsapuri Tulin Taman Sri Jati di sini terbakar pagi tadi.

Komander Operasi Bahagian Keselamatan Kebakaran Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 6.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling dibantu BBP Seputeh serta BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, dalam kejadian itu, anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang mangsa warga emas lingkungan umur 70 tahun dalam kebakaran melibatkan sebuah bilik berkeluasan 10x10 kaki persegi.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian lutut dan trauma.

"Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Seorang warga emas berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah bilik di Pangsapuri Tulin Taman Sri Jati pagi tadi.
Seorang warga emas berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah bilik di Pangsapuri Tulin Taman Sri Jati pagi tadi.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: