Pembebasan Musa tidak beri kesan terhadap politik Sabah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram semalam tidak banyak mengubah keadaan politik semasa di Sabah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram semalam tidak banyak mengubah keadaan politik semasa di Sabah.
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram semalam tidak banyak mengubah keadaan politik semasa di Sabah.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, Musa diakui sebagai seorang tokoh berpengaruh dalam politik Sabah, namun dengan mengambil kira keadaan politik semasa, pembebasan tersebut disifatkan hanya dapat membersihkan imej Musa ketika masih ada pihak yang meragui kredibilitinya.

“Kalau sebelum ini orang mempunyai persepsi tertentu terhadap beliau (Musa) berkaitan pertuduhan itu, maka dengan perkembangan ini ia sedikit sebanyak dapat membersihkan namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman lepas dan bebas

Bebas tuduhan, Musa syukur dapat keadilan

“Bagi pihak lain yang masih lagi ragu dengan kredibiliti Musa, keraguan itu sukar untuk dikikis terutama dalam keadaan politik negara ketika ini,” katanya bekas Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak itu kepada Sinar Harian semalam.

Jeniri Amir
Jeniri Amir

Jeniri berkata, sebelum ini, keadaan politik Sabah dilihat sesetengah pihak sedikit terumbang-ambing berikutan keputusan parti pemerintah di peringkat negeri menyokong Pakatan Harapan (PH) dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Berkaitan:

“Ini kerana keputusan Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dianggap tidak membawa manfaat kepada negerinya,” kata beliau.

Jeniri berkata, ia satu jangkaan yang berlebihan sekiranya ada yang berpandangan pembebasan Musa dapat mengubah keadaan politik di negeri berkenaan.

“Untuk berlaku adil kepada Musa, kita tidak boleh nafikan bahawa beliau masih ada kedudukan dan pengaruh di Sabah.

“Namun, Mohd Shafie mempunyai majoriti kukuh dan besar,” katanya.

Terdahulu, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Shafie dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu dan membentuk kerajaan gabungan Warisan-PH dan Parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO).

Krisis di antara Mohd Shafie dan Musa meruncing apabila Musa memfailkan saman terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.

Musa yang mewakili Barisan Nasional (BN) berbuat demikian kerana mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah.

Berikutan itu, Tun Juhar membuat laporan polis terhadap Musa berkaitan upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 10 Mei 2018.