Trump tawar 'krompomi' tamatkan penutupan kerajaan

Donald Trump
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam telah menetapkan rancangan baharu terhadap projek tembok sempadan sebagai usaha untuk menamatkan penutupan separa kerajaan yang berlarutan selama lebih empat minggu dan memberi kesan kepada 800,000 kakitangan persekutuan.

Dua kompromi atau idea baharu beliau itu adalah berkenaan Dreamers iaitu golongan yang memasuki negara itu secara tidak sah ketika kanak-kanak dan pemegang Status Perlindungan Sementara (TPS)

Namun beliau masih berkeras mahukan dana berjumlah AS$5.7 bilion (RM23.4 bilion) itu.

Trump sekali lagi mengulangi gesaan untuk membina 'halangan keluli' di kawasan utama di sempadan AS-Mexico.

Menurutnya, beliau akan melanjutkan tempoh perlindungan untuk kira-kira 700,000 Dreamers kepada tiga tahun lagi yang membolehkan mereka terus mendapatkan permit kerja.

Jelas Trump, langkah sama juga akan dibuat terhadap pemegang TPS.

Difahamkan, lebih 300,000 individu dari negara terjejas bencana atau peperangan dibenarkan bekerja di AS di bawah TPS iaitu satu sistem ditolak sekeras-kerasnya oleh Trump.

Selain itu, terdapat rancangan lain termasuk bantuan kemanusiaan segera berjumlah AS$800 juta (RM3.3 bilion) dan pasukan imigresen baharu terdiri daripada 2,750 anggota keselamatan dan agen sempadan. - BBC