Lima tong diesel tumpah di lebuh raya

Anggota bomba melakukan operasi pembersihan akibat tumpahan minyak diesel petang tadi. Foto JBPM
Anggota bomba melakukan operasi pembersihan akibat tumpahan minyak diesel petang tadi. Foto JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Lima tong diesel tumpah di lebuh raya selepas lori yang membawa muatan itu terbalik dalam kejadian di kilometer 107.6 Lebuh Raya Utara Selatan di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, lori jenis Isuzu yang membawa muatan lima tong diesel terbalik apabila sampai di lokasi kejadian kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 4.50 petang.

Operasi pembersihan dilakukan akibat tumpahan minyak diesel di kilometer 107.6 Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira 4.50 petang tadi. Foto JBPM
Operasi pembersihan dilakukan akibat tumpahan minyak diesel di kilometer 107.6 Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira 4.50 petang tadi. Foto JBPM

"Setibanya di lokasi pada jam 5.02 petang, pihaknya mendapati terdapat tumpahan minyak diesel di atas laluan lebuh raya akibat kemalangan.

"Kita dimaklumkan bahawa lori telah berjaya ditunda keluar dari tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan satu aliran satu pancutan air dari tangki jentera bagi operasi pembersihan tumpahan minyak selain dibantu oleh petugas lebuh raya.

"Operasi disertai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani termasuk pegawai.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.56 petang," katanya.