PKPP ujian sebenar tahap disiplin kendiri rakyat

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hadir sidang media harian berkaitan jangkian Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hadir sidang media harian berkaitan jangkian Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok merupakan ujian sebenar terhadap tahap disiplin kendiri dan sosial dalam kalangan masyarakat untuk membendung penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketiadaan kes penularan dalam negara membabitkan warganegara yang dicatatkan pada hari ini merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes-kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara dan membandingkannya dengan graf pemodelan Covid-19 seperti yang telah diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), KKM.

"Berdasarkan maklumat itu didapati ianya adalah sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan tersebut (kawasan biru).

"Ini sememangnya menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil oleh kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan saranan yang diberikan kerajaan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan harapan kini terletak pada rakyat secara keseluruhannya untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Masyarakat harus kekal waspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada peningkatan kes Covid-19 di kalangan masyarakat setempat," katanya.

Artikel Berkaitan: