Rasa rindu tak pernah pudar: Aril

Allahyarham Izwan Pilus dan Aril Pilus
A
A

HARI ini, genap tujuh tahun pemergian penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus.

Bagi adiknya, Aril, 34, rindu terhadap arwah abangnya itu tidak pernah pudar walau sedetik.

"Hari ini genap 7 tahun Izwan Pilus pergi meninggalkan kita mengadap Ilahi, rasa rindu yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama.

"Rasa terkilan melihat ada beberapa cita-cita dan impiannya yang tak sempat tercapai, semoga tenang rohnya bersama orang-orang yang beriman," catatnya di akaun Instagram miliknya.

Izwan menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012, beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital akibat virus kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah.

Tambah Aril, dia amat menyayangi abangnya itu dan sentiasa mendoakan Allahyarham.

"Aku sayang abang aku seorang ini, kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang... Aku sentiasa doakan kau, sentiasa...

"Aku tak boleh tulis panjang-panjang lah, mencurah air mata aku..." akhirinya.