Liga Predator Asia Pasifik 2020 ditunda ke 2021

Liga Predator Asia Pasifik 2020 ditunda ke tahun hadapan. - Foto Sumber Internet
Liga Predator Asia Pasifik 2020 ditunda ke tahun hadapan. - Foto Sumber Internet
A
A
A

KEJOHANAN e-Sukan, Liga Predator Asia Pasifik 2020 yang dijadualkan berlangsung di Filipina telah ditunda ke musim bunga 2021 berikutan penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Presiden Operasi Serantau Acer Pan Asia Pacific, Andrew Hou berkata, penundaan berkenaan dibuat demi menjamin kesihatan serta keselamatan semua pihak yang terlibat terutamanya komuniti e-sukan berkenaan.

Menurut Andrew, Acer sentiasa mengutamakan kesihatan komuniti e-sukan dan saling bekerja rapat dengan masyarakat berhubung soal keselamatan dan kesihatan.

"Sebab utama penundaan kejohanan ini adalah untuk untuk keselamatan semua pihak. Dengan penularan Covid-19 ketika ini kita telah buat keputusan untuk menundanya hingga ke musim bunga 2021.

"Ini demi menjaga keselamatan dan kesihatan peserta kejohanan peminat, penyokong dan kakitangan terlibat.

"Pasukan-pasukan yang layak daripada pusingan awal sebelum ini akan kesaingan akhir pada musim bungi 2021 kelak dan kejohanan ini juga akan dijenamakan semula sebagai i Liga Predator 2020/2021 dan menawarkan hadiah sehingga RM1.7 juta ($400,000)," katanya.

Difahamkan, hampir 20,000 tiket telah pun dijual bagi menyaksikan kejohanan berkenaan yang dijadualkan berlangsung di SM Mall Asia Arena, Pasay City di Manila pada Februari 2020 lalu dengan melibatkan penyertaan daripada 17 wilayah hasil pertandingan kelayakan yang dibuat sejak Oktober 2019.

Terdahulu, Liga Predator Asia Pasifik yang pertama telah berlangsung diadakan di Jakarta, Indonesia pada 2018 dan edisi kedua diadakan di Stadium Nimibutr, Bangkok, Thailand pada 2019.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan berkenaan ditonton lebih 10,000 peminat dan memperolehi 4.2 juta tontonan atas talian dengan jumlah penonton mencapai sehingga 123,000.

Sementara itu, semua peserta akan dihubungi berhubung tarikh baharu kejohanan berkenaan dan untuk sebarang perkembangan terkini kejohanan berkenaan orang ramai boleh mengikuti akaun media sosial Acer di laman faceook.