Rapid KL akur arahan kerajaan

Pelaksanaan penjarakan sosial tetap dilakukan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok. - Foto Bernama
Pelaksanaan penjarakan sosial tetap dilakukan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan berhubung penjarakan sosial dalam tren di bawah perkhidmatannya, Rapid KL akur dengan arahan kerajaan untuk meneruskan peraturan itu.

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, pematuhan penjarakan sosial di Aliran Transit Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel yang mula dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan sehingga keputusan baharu diputuskan oleh pihak kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rapid Rail tiada kuasa ubah peraturan penjarakan sosial

Menurut kenyataan itu, Rapid KL menyeru penumpang untuk mematuhi arahan tersebut dan sentiasa memberikan kerjasama kepada petugas di stesen.

"Pengguna diminta merancang perjalanan memandangkan bilangan penumpang dijangka akan bertambah bagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok.

"Kami amat menghargai komen dan pandangan rakyat Malaysia mengenai operasi perkhidmatan rel bandar," memetik kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rapid KL beroperasi tanpa penjarakan sosial bermula esok

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran memaklumkan perkhidmatan rel Rapid KL akan beroperasi seperti biasa tanpa mengamalkan penjarakan sosial di dalam tren dan stesennya bermula esok susulan PKPP.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pengangkutan bagi fasa PKPP yang membenarkan kapasiti seratus peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity.

Artikel Berkaitan: