Sindiket curi aksesori kereta mewah tumpas

Peralatan digunakan sindiket mencuri aksesori kereta mewah yang aktif sejak tiga bulan lalu.
Peralatan digunakan sindiket mencuri aksesori kereta mewah yang aktif sejak tiga bulan lalu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri aksesori kereta mewah yang aktif sejak tiga bulan lalu selepas menahan empat suspek pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia antara 26 sehingga 43 tahun termasuk seorang mekanik ditahan dalam tiga serbuan di kawasan sekitar Majidee dan Kempas.

"Siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan tong gas biasa dan peralatan khas bagi memotong aksesori kereta mewah dengan memecah masuk bengkel yang mempunyai kenderaan mewah pada awal pagi.

"Aksesori yang dicuri kemudiannya dijual kepada pengusaha kedai potong dan barang besi lusuh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, polis merampas sebuah kereta Proton Iswara dan Proton Wira dengan nombor pendaftaran palsu yang digunakan suspek.

"Selain itu, kita turut merampas satu unit komponen 'catylic converter' kereta BMW bernilai RM2,500, seunit 'muffler' ekzos Mazda 6 2016, 'mufller' ekzos Hyundai dan Kia selain pelbagai barangan untuk memotong aksesori kenderaan mewah termasuk tong gas tekanan tinggi, 'oxy cutter' dan dua telefon bimbit.

Katanya, kesemua suspek didapati positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod jenayah serta seorang daripada mereka merupakan orang paling dikehendaki polis atas kesalahan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.

Artikel Berkaitan: