X

Kindly register in order to view this article
!

‘Abah, pak long dan pak ngah hanya nak jaga keselamatan tuan puan’

Posting dimuat naik Ismail Sabri yang menerima pelbagai reaksi netizen.
A
A

KUALA LUMPUR - “Apa yang abah, pak long dan pak ngah lakukan hanyalah semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kesihatan tuan-tuan dan puan-puan semua,” demikian kenyataan dimuat naik Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebooknya hari ini.

Abah dalam posting berkenaan merujuk kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pak long (Ismail Sabri) dan pak ngah (Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah).

Ismail Sabri berkata, beliau membaca komen-komen netizen di media sosial dan memberi maklum balas tersebut di Facebooknya.

“Saya baca komen netizen. Walaupun abah (Muhyiddin) sudah umumkan sesuatu yang menggembirakan, mereka yakin Pak Long Mail (Ismail Sabri) akan kata macam-macam SOP (prosedur operasi standard) dan sekatan. Petang nanti mungkin ada lagi sekatan-sekatan dari Pak Ngah Hisham.

“Apa yang abah, pak long dan pak ngah lakukan hanyalah semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kesihatan tuan-tuan dan puan-puan semua. Teruskan dengan kawalan kendiri untuk memastikan keselamatan diri serta keluarga kita,” katanya dalam kenyataan dimuat naik itu.

Posting dihantar Ahli Parlimen Bera berkenaan menerima 23,000 emoji, hampir 2,000 komen dan 5,000 perkongsian.

Pelayar Facebook, Neng Bt Razali menulis rakyat Malaysia umpama sebuah keluarga besar.

“Menarik! Ada abah, pak long, pak ngah, pak su... semua terbaik...prihatin...terima kasih abah, pak long semua...moga ALLAH rahmati lindungi kita semua...Amin,” tulisnya di bahagian komen.

Mohd Raof pula berterima kasih kepada Ismail Sabri dan semu petugas yang memberikan khidmat bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19).

“Terima kasih Datuk Seri dan semua hero-hero Malaysia kerana khidmat yang diberikan kepada rakyat dalam menangani wabak Covid-19 ini yang boleh dikatakan setiap hari tanpa mengira hari cuti mahupun hujung minggu bersama rakyat untuk menyampai dan memberikan maklumat.

“Rakyat pasti akan merindui Datuk Seri dan rakan-rakan semua setelah semua ini berakhir nanti. Semoga Datuk Seri sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH SWT. Amin,” tulisnya.

Seorang lagi pelayar Facebook, Rajkumar Palmanaphan pula berterima kasih kepada Ismail Sabri ketika memberikan maklumat menerusi sidang media yang dibuat.

“Terbaik pak long, cara pak long menjawab setiap satu soalan wartawan jelas menunjukkan pak long benar-benar mendalami serta memahami setiap perihal berkaitan masalah ini, rakyat gembira, yakin dan rasa selamat kerana kami mempunyai pemimpin yang berkaliber. Syabas abah sekeluarga,” tulisnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!