Geng Tailong didalangi Rohingya tumpas

Lelaki Rohingya yang ditahan dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di Kulai.
Lelaki Rohingya yang ditahan dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di Kulai.
A
A
A

KULAI - Polis berjaya menumpaskan Geng Tailong yang aktif melakukan jenayah pecah rumah selepas menahan dua lelaki Rohingya dalam serbuan pada 5 hingga 9 Jun lalu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketika serbuan itu polis telah merampas sebuah beg silang warna hitam daripada dua suspek berusia 33 dan 34 tahun.

"Di dalam beg itu terdapat tiga utas jam tangan berjenama, loket patung Buddha serta sebuah telefon bimbit dengan nilai dianggarkan RM5,000.

Lelaki Rohingya yang ditahan dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di Kulai.
Lelaki Rohingya yang ditahan dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di Kulai.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar Bandar Putra Kulai bersama rakannya yang telah ditahan polis sebelum ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Beng Yeow berkata, polis giat mencari seorang rakan suspek yang juga warga Rohingya dikenali dengan nama Rahman.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.

Artikel Berkaitan: