AS secara rasmi dilanda kemelesetan ekonomi pada Februari

Pada Februari kemelesetan mula melanda menandakan berakhirnya pengembangan ekonomi AS yang bermula sejak Jun 2009. - Foto 123RF
Pada Februari kemelesetan mula melanda menandakan berakhirnya pengembangan ekonomi AS yang bermula sejak Jun 2009. - Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dijangka secara rasmi dilanda kemelesetan ekonomi pada Februari, ketika negara itu kini mula merasakan kesan daripada langkah pencegahan yang diambil ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan, pada Februari kemelesetan mula melanda menandakan berakhirnya pengembangan ekonomi AS yang bermula sejak Jun 2009.

Biro itu berkata, pertumbuhan ekonomi AS berlangsung selama 128 bulan, tempoh terpanjang dalam sejarah kitaran perniagaan di negara ini sejak 1854.

Terdahulu, Bank Dunia berkata semalam, ekonomi dunia diramal menyusut 5.2 peratus tahun ini, kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia II.

Ekonomi AS pula dijangka menurun 6.1 peratus pada 2020, di bawah 7.9 mata peratusan berbanding ramalan sebelum ini, tambah laporan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: