18,500 penjawat awam Selangor terima bantuan khas RM1,000 hari ini

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 18,500 kakitangan kerajaan negeri Selangor Gred 56 ke bawah menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 secara 'one-off' atau sekali beri hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian bantuan tersebut turut meliputi kakitangan pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan anak syarikat kerajaan negeri melibatkan peruntukan berjumlah RM18.5 juta.

“Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri atas usaha menangani perebakan wabak koronavirus (Covid-19)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bantuan kewangan berkenaan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing.

Pada 15 Mei lalu, kerajaan Selangor mengumumkan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan kerajaan negeri Gred 56 ke bawah.

Dalam pengumuman sama, Amirudin turut memaklumkan, setiausaha dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di 371 kampung tradisi juga akan turut menerima manfaat dengan pemberian berjumlah RM300 secara 'one-off'.

Katanya, implikasi kewangan bagi pemberian bantuan khas tersebut berjumlah RM19.835 juta secara keseluruhan.

Artikel Berkaitan: