Lori bawa muatan ais terbalik

Keadaan lori ais terbalik dalam kemalangan di Tali Air 11 Sekinchan di sini semalam.
Keadaan lori ais terbalik dalam kemalangan di Tali Air 11 Sekinchan di sini semalam.
A
A
A

SEKINCHAN - Sebuah lori membawa muatan ais terbalik selepas hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan di Tali Air 11 Sekinchan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori jenis Daihatsu itu memandu bersendirian dari Kuala Selangor menuju ke Sungai Besar.

"Sejurus sampai di tempat kejadian, tayar lori terbabit pecah menyebabkan lori hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum kenderaan terbabit terbalik," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kejadian jam 2 petang itu tidak mengakibatkan kecederaan kepada pemandu berusia 30 tahun itu, namun lori terbabit mengalami kerosakan teruk.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Khairul Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.53 petang.

Menurutnya, seramai 13 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak diesel.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos dan satu pancutan tangki jentera sebaik tiba di lokasi.

"Operasi pembersihan tumpahan minyak di atas jalan raya terbabit tamat sepenuhnya pada jam 3.15 petang semalam," katanya.

Artikel Berkaitan: