X

Kindly register in order to view this article
!

'Superman' ditahan edar dadah

A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah di Jalan Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Kuala Selangor dekat sini awal pagi tadi.

Suspek yang memakai baju berlogo 'Superman' ditahan pada kira-kira jam 3 pagi oleh sepasukan polis ketika sedang membuat rondaan di kawasan itu.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, satu peket plastik lut sinar serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.78 gram ditemui ketika pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai nelayan itu.

Beliau berkata, turut ditemukan sebuah peket serbuk putih seberat 1.61 gram disyaki dadah jenis heroin.

“Selain itu, pemeriksaan ke atas motosikal yang ditemukan bersama suspek mempunyai rekod hilang manakala kesemua rampasan dianggarkan bernilai lebih RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulafendy berkata, suspek telah dibawa ke Balai Polis Tanjung Karang untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!