DBKL sahkan beku permohonan baharu lesen jual minuman keras

Pada 2 Jun lalu, DBKL memaklumkan pihaknya membekukan permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta.
Pada 2 Jun lalu, DBKL memaklumkan pihaknya membekukan permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Dibekukan! Itu reaksi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berhubung iklan notis permohonan lesen penjualan minuman keras oleh sebuah syarikat yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Nor Hisham berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan pembaharuan lesen penjualan minuman keras bagi premis yang sudah memilikinya sebelum ini.

“Lesen baharu sahaja akan dibekukan, untuk pembaharuan tidak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mengenai 49 notis permohonan sebuah syarikat kedai serbaneka untuk menjual minuman keras di Kuala Lumpur.

Mesej tular itu turut menyebut ‘mohon yang tinggal di tempat-tempat yang berkenaan buat bantahan beramai-ramai’.

Sebelum ini, Nor Hisham memaklumkan terdapat 2,096 lesen arak dikeluarkan untuk restoran, pub, kedai serbaneka dan kedai borong di sekitar Kuala Lumpur setakat ini.

Iklan notis permohonan lesen penjualan minuman keras oleh sebuah syarikat yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Iklan notis permohonan lesen penjualan minuman keras oleh sebuah syarikat yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pada 2 Jun lalu, DBKL memaklumkan pihaknya membekukan permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula dalam kenyataannya sebelum itu berkata, pengeluaran lesen baharu penjualan arak wajar dibekukan.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak di bekukan,” katanya menerusi Twitter.