'Isu harga tiket mahal akan dibincang'

Ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan agak mahal dan menjadi topik hangat di media sosial.
Ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan agak mahal dan menjadi topik hangat di media sosial.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung isu harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan mahal terutamanya ke Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil perbincangan itu akan diberitahu kepadanya dalam masa terdekat.

“Kita faham harga tambang mahal kerana pelaksanaan penjarakan sosial jadi tidak boleh berkapasiti penuh. Dengan pematuhan penjarakan sosial, hanya 66 peratus ruang yang dipenuhi di dalam kapal terbang itu.

"Kita tahu harga tiket mencecah hampir RM2,000 bagi sehala penerbangan contohnya dari Miri ke Kuala Lumpur, justeru kita akan berbincang.

"Semoga tidak ada isu lagi untuk mereka menaikkan harga tambang dan sebagainya,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat permohonan daripada pihak syarikat penerbangan supaya penumpang boleh memenuhi kerusi di dalam kapal terbang

“Mereka memberi alasan segala butiran penumpang boleh diperoleh melalui manifes syarikat berkenaan dan mereka (penumpang) di setiap penerbangan juga boleh dikesan jika berlakunya kes dan perlu dihubungi.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi yang paling penting sekarang ialah SOP (prosedur operasi standard) perlu dipatuhi untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Tinjauan mendapati ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan agak mahal dan menjadi topik hangat di media sosial.

Ini memandangkan ramai yang ingin pulang ke kampung halaman susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini yang membenarkan pergerakan rentas negeri dengan ramai yang perlu kembali ke tempat bertugas, contohnya guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kenaikan harga tiket penerbangan membebankan