Punca jangkitan bayi lapan bulan masih disiasat

Dr Noor Hisham menunjukkan hanya tujuh kes baharu Covid-19 dan merupakan angka yang terendah pernah dicatatkan setakat ini pada sidang media harian perkembangan terkini di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham menunjukkan hanya tujuh kes baharu Covid-19 dan merupakan angka yang terendah pernah dicatatkan setakat ini pada sidang media harian perkembangan terkini di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengenal pasti punca jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) yang melibatkan seorang bayi lapan bulan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi berkenaan antara tujuh kes yang disahkan positif wabak itu hari ini.

Katanya, bayi tersebut dikesan positif selepas menjalani ujian saringan sebelum menjalani pembedahan.

"Kes saringan (dilakukan ke atas bayi tersebut) sebelum pembedahan di hospital wanita dan kanak-kanak Sabah iaitu di Likas.

"Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan bulan yang telah bergejala dan menjalankan pembedahan, ini kes (positif) yang kita rekodkan (hari ini).

"Punca dan bagaimana bayi itu mendapat jangkitan masih disiasat," katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Menurutnya, ujian saringan juga telah dilakukan ke atas kontak rapat bayi tersebut termasuk ibu bapanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seorang pegawai imigresen bantuan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil dikesan positif wabak tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kakitangan tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala dan berkemungkinan terdedah dengan tahanan atau pesakit positif wabak itu.