Henti tuduhan tidak berasas kepada Muhyidddin

Zainol Fadzi Paharudin
Zainol Fadzi Paharudin
A
A
A

PASIR SALAK - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pasir Salak meminta semua pihak menghentikan segera sebarang bentuk tuduhan tidak berasas kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, semua ahli parti wajar meraikan semua pandangan dan perbezaan selagi tidak memudaratkan serta melanggar perlembagaan parti.

Beliau berkata, Bersatu Bahagian Pasir Salak tidak bersetuju dengan apa juga perbuatan yang melanggar peraturan parti demi kekuatan dan keutuhan Bersatu.

"Bersatu Bahagian Pasir Salak menzahirkan rasa amat sedih atas krisis yang berlaku di dalam kepimpinan Bersatu. Kita tidak berjuang demi mana-mana individu tetapi demi agama, bangsa dan negara tercinta.

"Kami mohon juga supaya tuduhan tanpa asas kepada Presiden Bersatu oleh mana-mana pihak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zainol Fadzi berkata, jawatankuasa parti di peringkat Bahagian Pasir Salak sebulat suara memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin untuk terus menerajui Bersatu dan memangku jawatan Pengerusi Bersatu yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, menjadi tanggungjawab semua ahli parti untuk mematuhi peraturan dan perlembagaan demi kesejahteraan parti.

Pada 28 Mei lalu, lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada parti itu serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Selain Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Bersatu, turut dipecat ialah Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tiga pemimpin lain yang dipecat keahlian ialah Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah

ARTIKEL BERKAITAN: Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti